Tuesday, November 28, 2006

Jernih

Jernih yang dari mata airmu Sebening salju telaga rindu Di lembah gunung rimba kencana Mengalir ia tanpa henti Bersaksikan kejora alam keriangan Titis embun dingin ke bumi Mekarlah rumpun hijau disirami kasih Yang sejati penuh budi Jernih salju bak syurgawi Jadi pohon rimbun sampai akhir nanti Di sebalik yang jernih tersimpul rahsia Laluan yang penuh likuan Cuma yang kelihatan Satu keindahan yang dipuja Menjadi ilham para pencinta Teroka kala tanpa batasan Menjadi cermin imbas berwajah Seikhlas budi yang teguh berdiri Bak air mengalir yang penuh halangan Itu bukannya satu alasan Di situ tersirat sebuah hakikat Yang kelam jadi terang Yang luka jadikan terubat Keegoaan tersembunyi Di lubuk hati suci...Dan jernih...(Dan mulus) Di sebalik yang jernih tersimpul rahsia Laluan yang penuh likuan Cuma yang kelihatan Satu keindahan yang dipuja Menjadi ilham para pencinta Teroka kalam tanpa batasan Menjadi cermin imbas berwajah Seikhlas budi yang teguh berdiri... p/s : Aku amat suka lirik lagu ini... so aku nak kongsi ngan kawan-kawan yang lain... jangan mare..

Satu hari aku di Maha 2006..

Semalam 27 nov 2006 berakhirlah Maha 2006... kat sini aku cuma nak citer pengalaman aku masa aku gi sana.. Bukannya apa, sana sini situ sibuk orang memperkatakan tentang Maha 2006.. jadi aku pun amiklah peluang utk citerkan pengalaman aku. Sebelum aku ceritakan pengalaman aku, aku ingat nak ceritakan pengalaman apak aku masa gi sane. Apak, angah, busu dan idi bertolak dari melaka kul 9.00 am ( sabtu ) lagi.. uhhh selut betul aku kat mereka, semangat sungguh... Apa yang terjadi kepada mereka akan aku ceritakan sebentar lagi..tunggu

Aku ngan hubby bertolak dari rumah dalam kul 10.30 am ( ahad ) dan tiba di sana dalam kul 12.... ramai sungguh orang.. nasib kami awal sikit.. kalau tak uhhh lagi susah nak dapat parking.. tu pun kira jauh walaupun dapat parking atas.. Kesian kat hubby, penat sungguh aku tgk hubby...Hubby kata, macam merentas desa jauhnya.. aku rasa tak lah jauh sangat berbanding ngan orang lain.. ( maybe sbb aku yang terlebih semangat ).Hubby kata orang yang kaki berjalan cam aku mana pernah penat, tapi bila sampai kat umah.. kaki sakitlah.. tanganlah.. bila berjalan hilang.. ( hahaha.. perli akulah tu ).

Sampai-sampai jek kami terus gi makan.. pas tu jalan dari khemah ke khemah... ingatkan nak belikan pokok untuk apak.. tapi apak tak dapat dihubungi pulak.. ( takut apak dah beli semalam ) takpelah jalan lagi.. Jadi masa jalan-jalan tu kami belilah ikan terubuk sarawak, ikan pekasam kedah.. ikan bilis langkawi... dan lain-lain. ( hihihi.. semuanya ikan kan?).

Tak dapat telefon apak, telefon angah.. angah kata apak tak beli apa sebab hujan lebat semalam.. ok takpe, so aku belikan lah pokok tongkat ali tu utk apak.. ( buat pengetahuan, apak memang suka berkebun ). Selepas beli pokok itu, kami pun ambil keputusan untuk balik memandangkan jam dah pukul 3.30 pm..

Sepanjang perjalanan pulang ( jalan kaki ke kereta ) ada orang yang bertanya kepada kami jauh lagi ker. Kami akan jawab " boleh tahanlah jauh.. tu ahh yang ada belon-belon tu....." yang bertanya akan kata " ahhh... jauhnya" ( hahaha...masa tu aku terfikir, orang yg bercinta bagi mereka tak jauh kak) sbb ada satu pasangan ni, baru jek tanya aku kat mana tempatnya, aku pun jawab lah.. yang pompuan kata " Jauhlah bang..." yang lelaki kata " mana ada sayang dekat jek tu" ( aku ngan hubby tersenyum jek, teringat zaman dulu-dulu ) hahaha..

Ok, berbalik pada citer apak.. malam tu apak tel aku.. apak mula bercerita " uhhh.. lain tahun apak tak nak gi lagi lah.. jauh sungguh, penat sungguh, hujan pulak lebat.. pas tu naik bas lawatan pulak masa naik bukit bas plak enjin dia mati ( maybe ramai sangat ) melompat apak turun....Berteduh kat bangsal kambing, bangsal tu pulak roboh.. Kesian kat apak.. tersalah harilah.. hujan pulak..

Tapi bagi aku.. Maha 2006 adalah suatu yang amat menyeronokkan.. Macam-macam ada...

Thursday, November 23, 2006

wira ku berjasa!

Hari nie kul 8.00 a.m dah sampai opis.. tak da orang yang nak di ajak gi sarapan.... hari nie datang awal sebab bawa wira gi opis.. hubby kena gi keje awal2 pagi.... nak elakkan jam terpaksa bawa wira.. datang keje bes lah.. tak lah jam sangat... balik.. tu yang malas tu.. Oklah.. sbb cik puteh dah beli sarapan.. dan tgh makan pun.. aku nak gi beli sarap lah..tapi cuma aku nak bagitau.. hari ini wira telah berjasa padaku..

Wednesday, November 22, 2006

wira oh wira!

Hari ini aku nak citer mengenai wira. Wira aku sejak akhir-akhir nie banyak meragam. Mungkin sebab hari tu dia telah dilanggar oleh wira yang lain.. uhhhhh.. kesian... Akulah yang kesian sebab terkejut betul. Dalam kesibukan orang berlumba-lumba nak berbuka puasa dengan keluarga.. wira ku pun sibuk gak berlumba-lumba nak berbuka puasa bersama keluarga... entah macamana tetiba jek.. dum..dum...dummmmm... oh.. wiraku... Baru-baru ni wiraku meragam lagi.. kali nie. fius plak terbakar.. tetiba jek enjin mati di tengah jalan.. betul-betul masa naik bukit.. nasib bukan jalan besar.. jalan di kawasan perumahan ku... Masa tu ramai gak orang yag tolong menolaknya ketepi.. Dan sekarang apa yang aku harapkan... janganlah wiraku meragam lagi.. baru pakai setahun lebih tu.. kalau wira ku meragam lagi.. mungkinkah aku akan menukar kereta yang baru? Tunggu di episod yang akan datang.. maybe aku akan tukar wira ke citra ( hitam ), waja ( hitam gak ), satria ( kuning ), Kelisa ( silver ),kancil (hijau) dan mungkin juga aeroback ( hijau )... jangan mare.

Inilah wiraku..

Monday, November 20, 2006

aku yang perasan...continue...

Hari nie bila buka jek blog.. uhhhh.. kena kutuk lagi dengan cik puteh nie... rupanya hari tu punyalah panjang menaip.. rupa-rupa tak da pun.. yang ada tajuk jek...hehehe.. . Apa yang dimaksudkan ngan perasan nie bukannya apa. Blog aku nie.. selalu jek kena kutuk.. mana tak nya.. sejak blog nie aku register.. aku tak sempat nak kemaskini atau mekap2 sikit.. sibuk deh.. Tu lah.. bila jumpa cik puteh nie.. mesti dia akan kata.. update lah blog ko tu.. uhhhhh.. aku tahulah blog dia tu comel.. tapi mmg comel pun... Aku bukannya apa.. blog nie aku letak colour pink agar sesuai ngan username aku kekwa_pink... buka2 jek.. uhhhh.. pinknya duniaku... cantik gak.. hehehe.. tang nie yang aku perasan sikit.. nak buka jek blog nie.. aku mesti ushar kiri dan kanan.. takut kantoi beb.. hah.. jangan plak ko org salah sangka, aku bukan mengulau tau.. cuma aku curi2 sikit masa.. update blog aku.. taknak kena kutuk lagi wei.....