Thursday, January 25, 2007

Terpisah Dari Allah Terpinggir Dari Manusia

Artikal ni kekwa dapat dari seorang kawan.. sungguh menyentuh hati dan menginsafi diri setiap bait-bait patah perkataannya. Atas sebab itu, kekwa ingin letak di blog kekwa sebagai tanya ingatan buat kekwa dan kawan-kawan yang lain.. .

Terkadang kita termangu sendirian sambil hati bercakap-cakap dan tertanya-tanya mencari jawapan yang tidak pasti. “Isyy.., kenapalah rasa sunyi sangat hati aku ni?”, “Hmmph, kenapalah rasa macam diri ini jauh sangat dari Allah. Ini tak kena, itu tak kena. Semuanya rasa serba tak kena. Apakah Allah sudah berlepas tangan dariku? Astaghfirullahal ‘Azhim.

Rasa-rasa sebegitu acapkali menjengah dan menghantui diri kita, tidak kira siapa, dan ia tidak lain berpunca dari diri kita sendiri. Cuba kita cari dan suluh puncanya. Dosa dan maksiat yang kita lakukan selama ini, itulah punca dan sebab musababnya. Maka, sama ada sedar atau tidak, dosa dan maksiat telah menjadikan hubungan kita dengan Allah semakin merenggang dan langsung menjauhkan kita dari limpahan rahmat-Nya.

Sungguh jiwa kita tidak boleh menerima petaka ini dan hati nurani kita berasa cukup tidak selesa dengan situasi ini. Walhal terpisah dari ibu kandung sendiri pun sudah terasa haru dan tidak keruan. Inikan pula terpisah dan jauh dari rahmat Allah s.w.t., Tuhan yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.

Seandainya dikumpulkan semua kelazatan dan kenikmatan duniawi ini dengan satu tujuan untuk menggembirakan hati kita dan mengeluarkannya dari beban penderitaan kerana terpisah dari rahmat Allah itu, nescaya ia tidak berupaya menghilangkan segala kedukaan dan penderitaan tersebut, sebaliknya ia hanya akan menambah bebanan dan tekanan pada jiwa yang sudah sedia terseksa.

Ahh.., penderitaan dan kepahitan kerana berjauhan dan terpisah dari Allah ini hanya dapat dirasai dan ditangisi oleh insan yang hidup hati nuraninya. Namun tidak bagi mereka yang telah mati hatinya. Orang yang mati hatinya tidak lebih bagai bangkai yang berjalan. Ia tidak sensitif dengan apa-apa lagi. Benar sekali ungkapan si bijaksana yang menyebutkan: “Kelukaan tidak memberikan sebarang kesakitan lagi kepada hati yang telah mati.”

Bagaimana diri kita semua kala ini? Pernahkah kita merasai yang diri ini amat jauh dari Allah s.w.t. iaitu tatkala tercebur ke dalam kancah dosa dan maksiat? Memang pernahlah jawabnya. Kerana dosa, kita yang telah Islam ini pun boleh terlempar jauh dan terpinggir dari rahmat Allah s.w.t., bayangkan betapa jauh dan sayupnya rahmat dan pandangan Allah pada seseorang yang kafir dan syirik pada-Nya?

Hakikatnya kita sangat memerlukan Allah di dalam hidup kita. Kita tidak rela terpisah dari pandangan dan rahmat Allah walaupun sesaat cuma. Kalau Allah mula berlepas tangan dari kita, bermakna bermulalah detik kemusnahan kita. Ingat! Bahawa syaitan dan nafsu sentiasa berusaha mewujudkan jaluran dosa yang menjadi kabut hijab antara hamba dan Allah yang Esa.

Terpinggir dari manusia. Sudahlah menderita terpisah berjauhan dari Allah, dosa juga melakar kepiluan yang amat kerana terpinggir dari manusia. Manusia yang bagaimana? Manusia yang beriman, bertakwa dan beramal soleh. Sekali lagi, dia bukan dipinggir mahupun dipisahkan oleh mereka. Sebaliknya dia sendiri menjadi terpisah dan terpinggir dari kelompok ‘orang-orang Allah’ itu kerana bahana dosa yang digulitinya. Kerana keterpinggiran itu, dia akan semakin jauh dari majlis-majlis mereka. Kerana kejauhan itu, dia tidak dapat mengambil faedah-faedah kebenaran dari mereka lagi. Yang berlaku, dia semakin mendekatkan diri dengan kumpulan syaitan menurut kadar kejauhan yang dirasai dan dialami olehnya. Kini, hari demi hari terasa semakin menekan dan menyesak di dalam hati.

Tidak semena-mena, akibat dosa itu, perasaan benci dan amarah menyelinap masuk ke dalam hatinya. Lalu ia membuak-buak bagai dirasuk hantu syaitan. Tidak fasal-fasal anak dan isterinya dibenci. Malah, kerana bahana dosa itu, ia sampai ke tahap benci terhadap dirinya yang sebenar. Seorang ulama menyingkapkan: “Jika aku melakukan maksiat kepada Allah, akan terlihatlah kesannya pada kenderaan dan isteriku.” Kisah tiga sahabat yang dihukum Allah kerana tidak menghadirkan diri dalam peperangan Tabuk tanpa keuzuran syarie, wajar menjadi teladan buat kita semua. Dalam tempoh tiga bulan, mereka merasai kehidupan yang cukup pahit dan menyeksakan. Sudahlah dimurkai Allah s.w.t., mereka juga turut dipinggirkan oleh Rasulullah s.a.w. dan seluruh umat Islam.

Selama tempoh itu, mereka menangis siang dan malam, tidak henti-henti memohon keampunan Allah, sehingga datanglah keampunan Allah. Kenapa mereka menangis dan merintih kepada Allah? Kerana mereka tidak mahu terpisah dari rahmat-Nya. Sekali lagi, itulah kesan dosa dan ia hanya dirasai dan dideritai oleh mereka yang punyai mata hati.

Wednesday, January 17, 2007

Aku

Aku bukanlah seorang yang suka memaksa pada satu perkara yang remeh-temeh….
Apa yang aku harapkan cumalah sebuah pengertian di atas pengharapan itu….

Aku bukanlah seorang sahabat yang baik…
Apa yang ada padaku hanyalah sebuah keikhlasan hati di atas persahabatan yang suci..

Aku bukanlah seorang seorang yang tidak sabar..
Apa yang ada padaku hanyalah kesabaran yang semakin menipis…..

Aku bukanlah seorang yang tidak tabah…...
Apa yang ada padaku hanyalah ketabahan yang sering terhakis dek dugaan melanda…..

Aku bukanlah seorang yang tidak jujur…..
Apa yang ada padaku hanyalah kejujuran yang sukar untuk dipertontonkan…..

Aku bukanlah seorang yang tidak punya marah....
Apa yang ada padaku hanyalah kemarahan yang di peroleh dari kekuatan dalam diri…..

Aku bukanlah seorang yang tidak pernah bosan…..
Apa yang ada padaku hanyalah kebosanan yang di lindungi akal fikiran…

Thursday, January 11, 2007

Syukur

Ya Allah Ya tuhanku… aku hampir berputus asa dalam melawan ujianmu… Dan di atas kehendakmu Ya Allah… Kau memberikan hambamu ini petunjuk dan hidayah agar tabah menghadapi segalanya… Amin.. 10 Jan 2007 – 5.30 pm…

Tuesday, January 09, 2007

Beruntungnya...

beruntungnya menjadi wanita.........
dilahirkan sempurna
dilahirkan dengan kasih sayang
dilahirkan dengan rahmat-Nya

beruntungnya menjadi wanita.......
dikurniakan sebagai seorang penyayang
dikurniakan sebagai penyejuk mata
dikurniakan sebagai penawar duka
dikurniakan anugerah tak terhingga
untuk hadiah kaum adam didunia...

untungnya sebagai wanita.....
melahirkan perasaan tanpa rasa bersalah
sentiasa hilang rasa marah dengan mudah
melahirkan rasa simpati dan kasihan
tidak menipu parasaan yang ditanggunginya
tidak ego melahirkan rasa cintanya

untungnya sebagai wanita.....
meghargai apa yang ada di depan matanya
dia tahu kewajipannya
sentiasa lemah dalam pertimbangannya
mengharap bantuan dari yang perkasa
sayangnya kadangkala.......
dia lupa dia wanita
dia alpa dia disayangi diseluruh dunia
dia sombong memandang pencipta-Nya
menjadi hamba kepada nafsu
menjadi taruhan kaum perkasa
menjadi hiasan menghiris iman

wanita.......
hiasilah dirimu semula
jadilah penarik kaum adam di dunia
jadilah ibu yang solehah
isteri yang berjasa
semoga air matamu menjadi penawar
yang tak bisa di kurniakan kepada kaum adam
tetapi anugerah Maha Agung dari Tuhanmu

Wanita........
KAU KESAYANGAN NABIMU.....
TIADA SIAPA YANG AKAN BOLEH MENYAKITIMU
MELAINKAN KAU YANG MEMBUKA PINTU DERITAMU.......

MINTALAH PERTOLONGAN DARI TUHAN....

Kekwa...
Tak kira apa status kita,untuk mengecapi sesuatu yg diingini hendaklah kita berusaha dan kemudian bertawaqallah kepada Allah agar kita menemui jalan yg benar.Sesungguhnya Allah Maha Pengasih Dan Maha Penyayang..."Ya Allah ya Tuhanku,terangilah hatiku sepertimana Engkau terangi hati rasul-rasulMu Ya Allah..Amin.."

Thursday, January 04, 2007

Selamat Datang 2007..

Salam… Sebenarnya banyak perkara yang kekwa nak cerita… tapi entahlah sejak kekwa amik cuti yang lama pada krismas yang lalu.. kekwa seolah2 terlupa untuk menjenguk ke blog kekwa ini… Kekwa dapat rasakan banyak perkara yang telah ditinggalkan pada tahun 2006 dan kini tahun 2007 telah menjelma… bertambah selangkah lagi usia kekwa…

Tahun 2006 banyak meninggalkan banyak kenangan dan dugaan buat kekwa… dan alhamdullilah.. akhirnya kekwa berjaya menghadapinya…Dan kini tahun 2007 telah menjelma.. dan hari ini telah terasa sedikit kesunyian apabila melihat seorang sahabat yang bertungkus lumus berkemas kerana akan berpindah ke cawangan lain, menyertai sahabat yang lain untuk menunaikan segala tanggungjawab yang diberikan.

Dan esok pastinya akan lebih sunyi dan sedih kerana sahabat ini adalah sebahagian dari kami semua….. Kekwa berharap sahabat ini akan sabar dan tabah dalam menghadapi segala dugaan… dan akan mendapat kejayaan demi kejayaan.InsyaAllah. Kenang daku dalam doamu.