"HANYA KESABARAN YANG MERUNGKAI SEGALA PERMASALAHAN" .....takdir bukanlah satu penentuan, takdir adalah satu ujian hidup.....
Tuesday, November 28, 2006
Satu hari aku di Maha 2006..
Semalam 27 nov 2006 berakhirlah Maha 2006... kat sini aku cuma nak citer pengalaman aku masa aku gi sana.. Bukannya apa, sana sini situ sibuk orang memperkatakan tentang Maha 2006.. jadi aku pun amiklah peluang utk citerkan pengalaman aku. Sebelum aku ceritakan pengalaman aku, aku ingat nak ceritakan pengalaman apak aku masa gi sane. Apak, angah, busu dan idi bertolak dari melaka kul 9.00 am ( sabtu ) lagi.. uhhh selut betul aku kat mereka, semangat sungguh... Apa yang terjadi kepada mereka akan aku ceritakan sebentar lagi..tunggu
Aku ngan hubby bertolak dari rumah dalam kul 10.30 am ( ahad ) dan tiba di sana dalam kul 12.... ramai sungguh orang.. nasib kami awal sikit.. kalau tak uhhh lagi susah nak dapat parking.. tu pun kira jauh walaupun dapat parking atas.. Kesian kat hubby, penat sungguh aku tgk hubby...Hubby kata, macam merentas desa jauhnya.. aku rasa tak lah jauh sangat berbanding ngan orang lain.. ( maybe sbb aku yang terlebih semangat ).Hubby kata orang yang kaki berjalan cam aku mana pernah penat, tapi bila sampai kat umah.. kaki sakitlah.. tanganlah.. bila berjalan hilang.. ( hahaha.. perli akulah tu ).
Sampai-sampai jek kami terus gi makan.. pas tu jalan dari khemah ke khemah... ingatkan nak belikan pokok untuk apak.. tapi apak tak dapat dihubungi pulak.. ( takut apak dah beli semalam ) takpelah jalan lagi.. Jadi masa jalan-jalan tu kami belilah ikan terubuk sarawak, ikan pekasam kedah.. ikan bilis langkawi... dan lain-lain. ( hihihi.. semuanya ikan kan?).
Tak dapat telefon apak, telefon angah.. angah kata apak tak beli apa sebab hujan lebat semalam.. ok takpe, so aku belikan lah pokok tongkat ali tu utk apak.. ( buat pengetahuan, apak memang suka berkebun ). Selepas beli pokok itu, kami pun ambil keputusan untuk balik memandangkan jam dah pukul 3.30 pm..
Sepanjang perjalanan pulang ( jalan kaki ke kereta ) ada orang yang bertanya kepada kami jauh lagi ker. Kami akan jawab " boleh tahanlah jauh.. tu ahh yang ada belon-belon tu....." yang bertanya akan kata " ahhh... jauhnya" ( hahaha...masa tu aku terfikir, orang yg bercinta bagi mereka tak jauh kak) sbb ada satu pasangan ni, baru jek tanya aku kat mana tempatnya, aku pun jawab lah.. yang pompuan kata " Jauhlah bang..." yang lelaki kata " mana ada sayang dekat jek tu" ( aku ngan hubby tersenyum jek, teringat zaman dulu-dulu ) hahaha..
Ok, berbalik pada citer apak.. malam tu apak tel aku.. apak mula bercerita " uhhh.. lain tahun apak tak nak gi lagi lah.. jauh sungguh, penat sungguh, hujan pulak lebat.. pas tu naik bas lawatan pulak masa naik bukit bas plak enjin dia mati ( maybe ramai sangat ) melompat apak turun....Berteduh kat bangsal kambing, bangsal tu pulak roboh.. Kesian kat apak.. tersalah harilah.. hujan pulak..
Tapi bagi aku.. Maha 2006 adalah suatu yang amat menyeronokkan.. Macam-macam ada...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
MAHA 2006... macam-macam ada..
ahahahhha
cik puteh.. kenapa? tak betul ker?
hahahaha..
Post a Comment