"HANYA KESABARAN YANG MERUNGKAI SEGALA PERMASALAHAN" .....takdir bukanlah satu penentuan, takdir adalah satu ujian hidup.....
Tuesday, January 09, 2007
Beruntungnya...
beruntungnya menjadi wanita.........
dilahirkan sempurna
dilahirkan dengan kasih sayang
dilahirkan dengan rahmat-Nya
beruntungnya menjadi wanita.......
dikurniakan sebagai seorang penyayang
dikurniakan sebagai penyejuk mata
dikurniakan sebagai penawar duka
dikurniakan anugerah tak terhingga
untuk hadiah kaum adam didunia...
untungnya sebagai wanita.....
melahirkan perasaan tanpa rasa bersalah
sentiasa hilang rasa marah dengan mudah
melahirkan rasa simpati dan kasihan
tidak menipu parasaan yang ditanggunginya
tidak ego melahirkan rasa cintanya
untungnya sebagai wanita.....
meghargai apa yang ada di depan matanya
dia tahu kewajipannya
sentiasa lemah dalam pertimbangannya
mengharap bantuan dari yang perkasa
sayangnya kadangkala.......
dia lupa dia wanita
dia alpa dia disayangi diseluruh dunia
dia sombong memandang pencipta-Nya
menjadi hamba kepada nafsu
menjadi taruhan kaum perkasa
menjadi hiasan menghiris iman
wanita.......
hiasilah dirimu semula
jadilah penarik kaum adam di dunia
jadilah ibu yang solehah
isteri yang berjasa
semoga air matamu menjadi penawar
yang tak bisa di kurniakan kepada kaum adam
tetapi anugerah Maha Agung dari Tuhanmu
Wanita........
KAU KESAYANGAN NABIMU.....
TIADA SIAPA YANG AKAN BOLEH MENYAKITIMU
MELAINKAN KAU YANG MEMBUKA PINTU DERITAMU.......
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
3 comments:
Betapa istimewanya wanita..
Doa wanita juga lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayang yang lebih kuat drp lelaki..
Kerana keistimewaan itu...
wanita seringkali dipersenda...
istimewanya wanita sbb airmata sentiasa jadi peneman di kala duka..
Post a Comment