"HANYA KESABARAN YANG MERUNGKAI SEGALA PERMASALAHAN" .....takdir bukanlah satu penentuan, takdir adalah satu ujian hidup.....
Thursday, January 04, 2007
Selamat Datang 2007..
Salam…
Sebenarnya banyak perkara yang kekwa nak cerita… tapi entahlah sejak kekwa amik cuti yang lama pada krismas yang lalu.. kekwa seolah2 terlupa untuk menjenguk ke blog kekwa ini… Kekwa dapat rasakan banyak perkara yang telah ditinggalkan pada tahun 2006 dan kini tahun 2007 telah menjelma… bertambah selangkah lagi usia kekwa…
Tahun 2006 banyak meninggalkan banyak kenangan dan dugaan buat kekwa… dan alhamdullilah.. akhirnya kekwa berjaya menghadapinya…Dan kini tahun 2007 telah menjelma.. dan hari ini telah terasa sedikit kesunyian apabila melihat seorang sahabat yang bertungkus lumus berkemas kerana akan berpindah ke cawangan lain, menyertai sahabat yang lain untuk menunaikan segala tanggungjawab yang diberikan.
Dan esok pastinya akan lebih sunyi dan sedih kerana sahabat ini adalah sebahagian dari kami semua….. Kekwa berharap sahabat ini akan sabar dan tabah dalam menghadapi segala dugaan… dan akan mendapat kejayaan demi kejayaan.InsyaAllah. Kenang daku dalam doamu.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment