"HANYA KESABARAN YANG MERUNGKAI SEGALA PERMASALAHAN" .....takdir bukanlah satu penentuan, takdir adalah satu ujian hidup.....
Monday, December 18, 2006
Di rembang petang...
Hari sabtu yang lalu aku pergi ke perkahwinan rakan opisku di Klang. Aku pergi ke sana dengan menumpang kereta bel dan bersama ngan sha dan anaknya amir. Uhhhhh!!! Dah besar amir dan semakin cerdik.. Sian bel dan sha terpaksa menunggu di atas kelewatan aku.. amir pulak sampai tertido-tertido..Entah kenapa, wira meragam lagi.. fius terbakar lagi.. sian pada mereka..maaflah perkara yang tidak dapat dielakkan,akhirnya aku sampai….walaupun lewat 40 minit dari yang dijanjikan. Tapi atas kecekapan bel memandu.. alhamdullilah.. akhirnya kami sampai tidaklah terlalu lewat… majlis masih meriah..Terima kasih kawan2 sbb tunggu..
Pada waktu balik aku tak tumpang bel, makcikku yg berada di klang mengambil aku.. bawa aku ke rumahnya.. Apa yang ingin aku ceritakan di sini adalah perjalanan pulang ku ke rumah dari Klang ke KL.. aku mengambil komuter dari Pelabuhan Klang pada pukul 6.30 petang.. lewatkan? Sebenarnya aku kena lewatkan perjalananku supaya dapat sesuaikan dgn jadual hubby… hubby akan ambil aku di komuter putra..
Semasa dalam perjalanan dari pelabuhan klang… kerana keseorangan.. fikiranku telah menerawang jauh.. aku mula terfikir bagaimana agaknya perjalanan ke tmpat keje setiap pagi kawanku ini.. sangat jauh.. lebih kurang 28 stesen baru sampai ke destinasinya… dari rembang2 petang aku melihat-lihat kawasan sekeliling.. mana orang2 nie.. tak ramai pun.. uhhhh.. takut jugak… Aku sempat melihat banyak pagar-pagar yang dibina oleh pihak komuter tumpang seperti kawasan itu sering dilalui orang.. tak takut ke mereka melintas kawasan landasan keretapi ini… kenapa mereka berani sangat.. terlalu banyak kawasan yang telah dicerobohi….siap ada sediakan titi utk memudahkan mereka melepasi pagar tersebut…
Aku mula terfikir.. salah siapakah semua ini.. kerana akhir2 ini banyak sungguh tragedi yang melibatkan komuter ini..Adakah landasan keretapi ini dibina dahulu? Atau kawasan perumahan mereka yang terbina dahulu.. dari sebuah kampung menjadi 2 kampung apabila terbinanya landasan keretapi ini… macamana mereka hendak berhubung dengan pihak yang sana.. antara berani dengan tak berani.. mereka buat juga.. kenapalah tidak dibinakan mereka jambatan yang dapat menghubungkan.. kalau jambatan dah dibina pun mereka masih menceroboh juga maknanya mereka mencari nahaslah tu…Apa yang dapat aku harapkan, walau apa pun jenis pembangunan yang di buat.. fikirkan dari pelbagai segi.. jangan sudah terkena baru nak ternganga…
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
4 comments:
betul tu kekwa...diorng semua berani mempertaruhkan nyawa...tp syg seribu kali syg...pengangkutan awam di malaysia tidak ada perbezaannya..masih lemah mcm dulu..kadar tol naik...kata pm bg menangani masalah nie, kerajaan naikkan gji kakitangan awam...habis tu kami yang kakitangan swasta nie mcm mna????????
betul tu kekwa...diorng semua berani mempertaruhkan nyawa...tp syg seribu kali syg...pengangkutan awam di malaysia tidak ada perbezaannya..masih lemah mcm dulu..kadar tol naik...kata pm bg menangani masalah nie, kerajaan naikkan gji kakitangan awam...habis tu kami yang kakitangan swasta nie mcm mna????????
salam,
seronoknya, saya belum sampai ke pelabuhan kelang dengan komuter, baru sampai ke nilai minggu lalu dengan tren komuter...
ahahhah
pasti seronokkan?
Mereka semuanya pelagak ngeri...
Post a Comment