"HANYA KESABARAN YANG MERUNGKAI SEGALA PERMASALAHAN" .....takdir bukanlah satu penentuan, takdir adalah satu ujian hidup.....
Wednesday, December 13, 2006
A light in the dark places...
Malam semalam aku ada tgk movie kat NTV9, aku rasa ceritanya sungguh menyentuh hati. Tajuk cerita tu “ A light in the dark places “ ianya sebuah movie dari negara jerman. Aku tak pasti samaada cerita itu pernah di tayang di pawagam, ada CD ker,di Astro ker atau pernah di tayangkan sebelum ini.. Semalam bila aku buka jek channel NTV9 aku tengok sambungan cite ini..so aku pun menontonlah sehingga akhir. Cite ini dipertontonkan utk 2 episod, episod pertama aku ada tgk hari tu.. so malam tadi aku tgk sambungannya..
Kisahnya bermula apabila para pelombong terperangkap di bawah lombong akibat air pecah dari bahagian lain.. Ramai pelombong yang mati. Dan masih ada kumpulan yang terselamat yang terpaksa survive hidupnya sehingga 12 hari lamanya. Di bawah sana menceritakan tentang erti persahabatan, erti tolak ansur, erti kesabaran, erti kasih sayang, pengorbanan. Untuk menyelamatkan kawan yang lain, ada yang mengadaikan diri, makanan yang sedikit dikongsi bersama. Mereka hampir putus asa apabila masih tidak ditemui sehingga hari ke 10.. mereka pulak semakin lemah akibat oksigen yang tidak mencukupi. Setiap dari mereka berdoa agar mereka dijumpai.
Pada hari ke 10 mereka telah dapat dikesan.. tapi masih tidak dapat dikeluarkan… Tetapi mereka telah diberi banyak bantuan dari atas.. walaupun jarak mereka di bawah hanya 60 meter dalamnya.. tetapi masih banyak factor mereka masih tidak dapat dikeluarkan. Ini kerana akibat tindakan yang salah oleh pihak penyelamat mereka semua akan mati. Maka pihak penyelamat terpaksa membuat keputusan yang bijak. Mereka hanya dapat diberikan ubat dan makanan lobak lenyek kerana lubang yang menghubungkan mereka dgn pihak yang satu lagi hanyalah lubangkan kecil yang muat dengan lampu suluh sahaja..Melalui lubang itu, mereka diberikan mikrofon untuk dapat berhubung dengan pihak yang berada di atas. Mereka dapat bercakap dengan isteri dan keluarga mereka. Ketabahan isteri2 mereka juga, begitu menyentuh hati.
Pada hari ke 11, mereka masih tidak dapat diselamatkan kerana tidak mendapat solution dan alatan penyelamat tidak lengkap. Mereka semakin lemah di bawah sana. Sehingga hari ke 12, penyelamat nekad dan alatan dapat dipinjam.. akhirnya mereka dapat juga diselamatkan. Sehingga nak keluarpun, mereka masih ingin menjadi orang terakhir keluar kerana ingin mendahului kawan yang lain. Begitulah synopsis citenya.. apa yang saya tahu, cite ini adalah cite benar yang di lakon kan semula..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
3 comments:
ahaahahh,
bestnya,, aku suka cerita2 yang macam tu....
ada banyak moral value...
ohohooh, terujanya...
Macam manga Siren atau diterjemahkan sebagai Kisah Ahli Bomba. Pun ada adegan macam tu jugak. Terperangkap bawah tanah. Nak diselamatkan agak susah.
Tapi watak utama tekad berdegil mengambil risiko mengorbankan nyawa dia untuk selamatkan mangsa.
Macam jugak cerita World Trade Centre lakonan Nicholas Cage ek?
iyalah.. cite-cite cam koromyst cakap tu.. best-best semuanya... cite-cite cam tu banyak moralnyakan..
Uhhhhh.. teruja jugak.
Post a Comment