Tuesday, December 12, 2006

Jangan ulangi lagi...

Sukar untuk digambarkan bagaimana perasaan apabila train yang biasanya sampai tepat pada waktunya di destinasi tiba-tiba berhenti di antara terminal dengan terminal ketika semua orang sibuk mengejar waktu untuk ke tempat kerja. " uhhh.. dah pasti aku akan lewat ke tempat kerja hari ini" itulah yang terkeluar dari pemikiran ku ketika itu. Kalau komuter yang delay aku dah faham sangat, ini LRT STAR yang semua orang tahu tentang ketepatan waktunya juga mengalami masalah yang sama. Kenapalah akhir-akhir ini sistem transit di negara kita sering mengalami banyak masalah.Adakah kita kekurangan pakar untuk menyelenggara sistem ini?.

Semasa aku berada di dalam LRT STAR menuju ke arah sri petaling.. aku melihat wajah-wajah muram di sebelah sana yang sering kali melihat-lihat jam di pergelangan tangan. Mesti mereka juga seperti aku yang terlambat untuk ke tempat kerja. Hari jumaat yang lalu pun seperti itu juga, semasa train LRT STAR yang aku naiki berada di atas landasan tetiba sahaja ia bergerak pelahan dan brek mengejut... Terkejut aku dan aku terus melihat keluar, alhamdullilah tiada apa-apa yang berlaku.. " Kenapa dik?" tanya akak yang duduk di sebelahku. "Tak tahu" jawabku. Tetiba aku senyum sendiri" hahaha.. rupa-rupanya ada simbol bahaya dan ditengah-tengahnya ada nombor sepuluh, ingatkan kat jalan raya jek ada simbol camtu" itu yang aku cakap pada diriku.

2 comments:

Cikgu Siti Homestay Taman Indah said...

kekwa,

terimalah hakikat kehidupan...

tak semuanya indah, kadangkala kita di atas, kadangkala kita di bawah...

ohoohohoho

melalut loor plak!

Ina / Adnan said...

betullah tu.. bila saya naik LRT STAR saya di atas... bila saya naik komuter saya di bawah... hahahaha..