"HANYA KESABARAN YANG MERUNGKAI SEGALA PERMASALAHAN" .....takdir bukanlah satu penentuan, takdir adalah satu ujian hidup.....
Wednesday, December 13, 2006
Macam-macam hal...
Keputusanku untuk ambil LRT STAR awal daripada biasa tak menjanjikan apa-apa.. aku terpaksa lagi menghadapi saat-saat cemas apabila LRT STAR bergerak secara perlahan-lahan lagi bagaikan membawa para pelancong melawat Malaysia. Sambil di hidangkan dengan pengumuman yang memberitahu “ Harap maklum kepada semua penumpang, train ini mengalami masalah landasan seperti semalam. Pihak kami memohon maaf di atas masalah ini” “uhhhhhh!!!! Betullah apa yang aku jangka semalam” itulah yang bermain difikiranku saat itu.Apa yang harus ku lakukan, aku tak mahu lewat lagi seperti semalam walaupun lewatnya hanya seminit dua tapi ianya amat meresahkan aku. Masalah ini berterusan sehingga stesen masjid jamek.. “ Ya Allah ya tuhanku, janganlah train ini bermasalah lagi” doaku.
Alhamdullilah.. akhirnya aku sampai seperti biasa, itu pun sebab aku dah cepatkan 5 minit waktu perjalananku.. apalagi sampai jek di tasik selatan aku pun pecutlah pegi ke stesen komuter pulak. Alamak kenapa ramai sangat orang nie.. “Sah, mesti train delay lagi” kataku di dalam hati. Memang betul sangkaanku, hari ini aku lewat 3 minit lagi..macam-macam hal lah…
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
barcakap pasal atas bawah, cuba baca blog sikatik...
atas berapa harga, bawah berapa harga?
ahahhahahha
Post a Comment