Tuesday, December 19, 2006

MEASAT 3 - SATU SEJARAH -? --

Measat-3 berjaya masuki orbit Daripada Hassan Mohd Noor

Pelancaran satelit Measat-3 di Baikonur Cosmodrome, Kazakhstan yang siaran langsungnya turut dipancarkan pada skrin besar di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC), semalam. ¨C Gambar BERNAMAMOSCOW

12 Dis: Selepas sembilan jam dilancarkan di Baikonur Cosmodrome, Kazakhstan, satelit Asia Timur Malaysia yang ketiga atau Measat-3 bernilai RM1 bilion berjaya memasuki orbit seperti yang dijadualkan petang ini.

Berita mengenai kejayaan itu diumumkan oleh Presiden International Launch Services (ILS), Frank McKenna sejurus rombongan kira-kira 50 orang jemputan dan wakil media dari Malaysia tiba di Lapangan Terbang Vnukovo di sini petang ini.

Sebelum itu, masing-masing menunggu penuh debaran sama ada pelancaran itu mampu mengikut jadual setiap peringkat pemisahan roket berkenaan yang mengambil masa 9 jam 12 minit 10 saat.

ILS atau perkhidmatan pelancaran antarabangsa bertanggungjawab terhadap pelancaran Measat-3 yang turut melibatkan kos insurans sebanyak AS$32 juta. Ini merupakan tanggungjawab pertama melancarkan satelit bagi pihak Malaysia dan yang ke-39 sejak beroperasi pada 1995.

Sebelum itu delegasi Malaysia yang diketuai Menteri Sains Teknologi dan Inovasi, Datuk Seri Dr. Jamaludin Jarjis berada di Baikonur awal pagi ini bagi menyaksikan pelancaran roket Proton Breeze M yang membawa Measat-3.

Baikonur adalah tapak pelancaran yang digunakan oleh angkasawan Rusia, Yuri Gagarin pada 1961 untuk menjadi manusia pertama sampai ke angkasa lepas.Pelancaran Measat-3 dilakukan mengikut jadual pada pukul 5.28 pagi (7.28 pagi waktu Malaysia) dalam cuaca sejuk di bawah suhu beku yang disiarkan secara langsung oleh Astro, pengendali stesen televisyen satelit berbayar Malaysia yang juga pengguna utama siri Measat, RTM2 selain menerusi laman web ILS.

Sebaik saja roket Breeze M meluncur ke angkasa, anggota delegasi Malaysia bersorak gembira walaupun mereka berada di dek terbuka Kelab Proton dalam keadaan suhu mencecah di bawah 17 darjah Celsius.

Walaupun berada dalam kedudukan 8 kilometer daripada roket itu dilancarkan, rombongan Malaysia dapat melihat dengan jelas kerana cuaca yang cerah.Dan seperti dijangka, perjalanan roket yang membawa satelit itu mengambil masa sembilan jam dan 12 minit sejauh lebih 36,000 kilometer dari bumi sebelum memasuki orbit pada pukul 2.40 petang (4.40 petang waktu Malaysia).

"Segalanya mengikut jadual dan ILS berbangga misi ini akhirnya berjaya" kata McKenna sambil menerima ucapan tahniah daripada rombongan Malaysia dan rakan-rakan ILS.

Di Malaysia, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, menyaksikan siaran langsung pelancarannya di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur dan Dr. Jamaludin turut menghubungi Najib bagi memaklumkan perjalanan pelancaran itu.

Measat-3 yang mempunyai jangka hayat selama 15 tahun akan mengambil alih peranan Measat-1 dan Measat-2 yang sudah menghampiri tempoh jangka hayatnya iaitu 12 tahun sejak dilancarkan di Pusat Angkasa Guiana (CSG) Arianespace di Kouru, French Guiana pada 13 Januari 1996 dan 13 November 1996.Dibina oleh Boeing Satellite Systems Inc di Los Angeles, Amerika Syarikat, satelit itu akan meluaskan capaian liputannya ke lebih 100 negara yang mewakili lebih 70 peratus daripada jumlah penduduk dunia.Berbanding dengan keupayaan Measat-1 dan Measat-2 yang membawa 12 transponder jalur C, Measat-3 menyediakan transponder berkuasa tinggi 24 jalur C dan 24 ¡®jalur-Ku¡¯ dengan setiap jalur menyediakan 36 mhz jalur lebar.

Aplikasi Jalur C Measat-3 akan menyediakan perkhidmatan di Asia, Australia,Asia Barat, Eropah Timur dan Afrika manakala ¡®jalur -Ku¡¯ pula dicipta untuk menyediakan opsyen perkhidmatan berkuasa tinggi dan fleksibel bagi pembangunan aplikasi terus ke rumah seperti televisyen satelit di Malaysia, Indonesia dan Asia Selatan.

Sementara itu, turut menyaksikan pelancaran bersejarah itu ialah Duta Besar Malaysia ke Rusia, Datuk Mohamad Khalis Ali Hassan, Duta Besar Malaysia di Kazakhstan Datuk Than Tai Hing, Pengerusi Telekom Malaysia dan Celcom, Tan Sri Muhammad Radzi Mansor, Pengerusi Maxis, Tan Sri Megat Zaharuddin Megat Mohd. Nor dan Ketua Pengarah RTM, Datuk Abdul Raman Abdul Hamid.Hadir sama Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Penyiaran Indonesia, Sutino Sinansari Ecip, Pengarah Astro Indonesia, Riza Primadi, Pengarah Measat merangkap Timbalan Pengerusi Eksekutif Astro, Ralph Marshall.

Dan lebih menarik, pelancaran itu turut disaksikan oleh dua pemenang pertandingan lukisan dan karangan Astro Ceria iaitu Izzah Azreena Azizan, 15, dan Tan Kai Xin, 10.Dua finalis calon angkasawan negara, Kapten Muhammed Faez Kamaludin dan S.Vanajah turut sama menyaksikannya.

3 comments:

k o r o m y s t said...

Ooo entry eksklusif~! ^_^

Segala adik-beradik MEASAT nih satelit telekomunikasi je kan?

Kalau Malaysia buat satelit pengintipan ke pertahanan ke, rasanya lulus tak nak dilancarkan ke angkasa? ^_^|||

Cikgu Siti Homestay Taman Indah said...

astro.. astro.. macam-macam ada!

ahahahaha, sorry off topic!

Ina / Adnan said...

Tu lah.. kekwa pun banyak gak tak tau pasal MEASAT nie... alih2 jek dah dah MEASAT 3... uhhhh!!!! ketinggalannya...