"HANYA KESABARAN YANG MERUNGKAI SEGALA PERMASALAHAN" .....takdir bukanlah satu penentuan, takdir adalah satu ujian hidup.....
Friday, December 15, 2006
Gempar!!!!!
13 Dec 2006 – 11 malam
DESA TUN HUSSIEN ONN – Atau lebih dikenali sebagai DTHO. Kompleks perumahanan aku telah di gemparkan dengan bunyi siren yang membingitkan telinga aku pada jam 11 malam.
Aku: “ bunyi apa tu bang”
Hubby: “ Bunyi siren tu… cepat-cepat buka pintu “. Aku segera membuka pintu dan kami berdua berlari ke beranda. Aku tgk jiran-jiran telah keluar.
Jiran: “ Apa yang dia cakap tu na?” Tanya jiranku kepada ku.
Aku : “entah, tak berapa dengarlah kak”.
Di DTHO kalau ada apa-apa pengumuman akan diumumkan pada malam hari seperti itu.. dengan kereta peronda sambil membunyikan siren. Walaupun pengumuman ada ditampal di notis board di bawah blok seminggu lebih awal, tapi di malam hari bila dah nak dekat-dekat tarikhnya mereka akan mengumumkan satu DTHO. Contohnya, kalau ada gangguan air ker, takda elektrik ker..ada gotong royong ker.. mereka akan bagitau. Jadi bolehlah kami bersiap sedia. Hahaha.. bestkan. Ok, kita sambung semula…
Peronda : “ Perhatian kepada penduduk DTHO, sesiapa yang ada kehilangan anak berumur 3 tahun, lelaki dan berseluar pendek. Anak ada ada bersama kami, sila berjumpa kami untuk mengambil anak anda” aku mendengar dengan teliti.
Aku ngan hubby tersenyum mendengar pengumuman itu.
Aku : “issss… kesian, siapa pulak yang tertinggal anak nie”
Hubby : “ yang, entah-entah ibubapa dia sengaja tinggalkan tak! “
Aku : “ abang nie, tak baik tau”
Hubby : “ manalah tau”
Itulah peristiwa yang terjadi pada malam tu. Satu DTHO telah diumumkan tentang pencarian ibubapa kanak-kanak tersebut. Aku tak taulah apa yang terjadi sekarang. Aku terfikir, apa yang hubbyku cakap mungkin betul.. terlalu banyak peristiwa yang tidak di sangka sering berlaku di negara kita sejak akhir-akhir ini. Aku cuba mampu berdoa, semoga tiada ibubapa yang sekejam itu di dunia ini.. yang sanggup meninggalkan anak begitu saja.. Kalau anak itu dijumpai oleh mereka yang “tidak baik” macamana?. Anak adalah anugerah dari ALLAH SWT.. setiap anak yang lahir ada rezekinya.. lambat atau cepat itulah yang harus kita sabar.. insyaalah..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
4 comments:
ohoohoho,
teringat kisah ko waktu api ngan letrik takde...
pengalaman yang tak dapat dirasai kat luar kem...
ahahahha
kat luar mana ada siren dan kereta peronda buat pengumuman...
mesti seronok!
hahaha.. seronoklah.. perkara yang tak tau pun dapat tau...
Waaahhh O_o
Macam duduk kat asrama jer xD
hehehe..koromyst.. tapi asrama tak kena masak sendiri...
Post a Comment