Friday, December 22, 2006

Thank you ALLAH

Selalu jek kekwa baca nie dalam email yang dihantar oleh adik kekwa... tapi hari nie kekwa nak letak dalam blog nie supaya kekwa leh share ngan kawan-kawan...

Kekwa bukanlah seseorang yang berupaya untuk melawan segala apa yang terjadi..kadang-kadang kekwa kecundang jua sehingga kekwa terlupa segala perjalanan kita di dunia ini ditentukan oleh Allah SWT.Ya!..." Kita hanya merancang, tuhan yang akan menentukan segalanya"...INSYAALLAH.

I asked for Favors...
And ALLAH gave me
Opportunities

"I received nothing I wanted...
But I received everything I needed."

I asked for Strength...
And ALLAH gave me
Difficulties to make me strong.

I asked for Wisdom...
And ALLAH gave me
Problems to solve.

I asked for Prosperity...
And ALLAH gave me a
Brain and Brawn to work.

I asked for Courage...
And ALLAH gave me
Obstacles to overcome.

I asked for LOVE...
And ALLAH gave me
Troubled people to help.

And now I realise...
How lucky I am..
To be one of those
that ALLAH loves....

ALHAMDULILLAH...

Thursday, December 21, 2006

PEMBERITAHUAN!!!!!

~~~~~"Harap Maaf.Bermula dari hari nie.. kekwa akan membahasakan "diri" sebagai kekwa.. bukan lagi "aku" yang sering kekwa guna. Pertukaran ini adalah di sebabkan oleh masalah teknikal yang tidak dapat dielakkan. Harap Maklum. Sekian Terima Kasih"~~~~~~

POWER OF LOVE!!!!

*A friend sent me an email. I think it is very interesting to share. It is about love and concern.*

A long time ago in China, a girl named Li-Li got married and went to live with her husband and mother-in-law. In a very short time, Li-Li found that she couldn't get along with her mother-in-law at all.

Their personalities were very different, and Li-Li was angered by many of her mother-in-law's habits. In addition, she criticized Li-Li constantly. Days passed, and weeks passed. Li-Li and her mother-in-law never stopped arguing and fighting. But what made the situation even worse was that, according to ancient Chinese tradition, Li-Li had to bow to her mother-in-law and obey her every wish. All the anger and unhappiness in the house was causing Li-Li's poor husband great distress.

Finally, Li-Li could not stand her mother-in-law's bad temper and dictatorship any longer and she decided to do something about it. Li-Li went to see her father's good friend, Mr. Huang, who sold herbs. She told him the situation and asked if he would give her some poison so that she could solve the problem once and for all. Mr. Huang thought for awhile, and finally said, "Li-Li, I will help you solve your problem, but you must listen to me and obey what I tell you." Li-Li said, "Yes, Mr. Huang, I will do whatever you tell me to do." Mr. Huang went into the back room, and returned in a few minutes with a package of herbs. He told Li-Li, "You can't use a quick-acting poison to get rid of your mother-in-law, because that would cause people to become suspicious.

Therefore, I have given you a number of herbs that will slowly build up poison in her body. Every other day prepare some delicious meal and put a little of these herbs in her serving. Now, in order to make sure that nobody suspect! Its you when she dies, you must be very careful to act very friendly towards her. Don't argue with her, obey her every wish, and treat her like a queen." Li-Li was so happy. She thanked Mr. Huang and hurried home to start her plot of murdering her mother-in-law. Weeks went by, and months went by, and every other day, Li-Li served the specially treated food to her mother-in-law. She remembered what Mr. Huang had said about avoiding suspicion, so she controlled her temper, obeyed her mother-in-law, and treated her like her own mother.

After six months had passed, the whole household had changed. Li-Li had practiced controlling her temper so much that she found that she almost never got mad or upset. She hadn't had an argument with her mother-in-law in six months because she now seemed much kinder and easier to get along with. The mother-in-law's attitude toward Li-Li changed, and she began to love Li-Li like her own daughter. She kept telling friends and relatives that Li-Li was the best daughter-in-law one could ever find. Li-Li and her mother-in-law were now treating each other like a real mother and daughter. Li-Li's husband was very happy to see what was happening.

One day, Li-Li came to see Mr. Huang and asked for his help again. She said, "Dear Mr. Huang, please help me to keep the poison from killing my mother-in-law! She's changed into such a nice woman, and I love her like my own mother. I do not want her to die because of the poison I gave her." Mr. Huang smiled and nodded his head. "Li-Li, there's nothing to worry about. I never gave you any poison. The herbs I gave you were vitamins to improve her health.

The only poison was in your mind and your attitude toward her, but that has been all washed away by the love which you gave to her." HAVE YOU REALIZED that how you treat others is exactly how they will treat you? There is a wise Chinese saying: "The person who loves others will also be loved in return."

"HANYA KESABARAN YANG MERUNGKAI SEGALA PERMASALAHAN"

Selalu ingat...

~~~~"Kegembiraan dan kebahagiaan sebenar bagi seseorang itu bukanlah disebabkan dia memiliki banyak benda. Tetapi disebabkan sifat dia yang tidak mengambil kira dan bersyukur dengan apa yang ada."~~~~~

Tuesday, December 19, 2006

MEASAT 3 - SATU SEJARAH -? --

Measat-3 berjaya masuki orbit Daripada Hassan Mohd Noor

Pelancaran satelit Measat-3 di Baikonur Cosmodrome, Kazakhstan yang siaran langsungnya turut dipancarkan pada skrin besar di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC), semalam. ¨C Gambar BERNAMAMOSCOW

12 Dis: Selepas sembilan jam dilancarkan di Baikonur Cosmodrome, Kazakhstan, satelit Asia Timur Malaysia yang ketiga atau Measat-3 bernilai RM1 bilion berjaya memasuki orbit seperti yang dijadualkan petang ini.

Berita mengenai kejayaan itu diumumkan oleh Presiden International Launch Services (ILS), Frank McKenna sejurus rombongan kira-kira 50 orang jemputan dan wakil media dari Malaysia tiba di Lapangan Terbang Vnukovo di sini petang ini.

Sebelum itu, masing-masing menunggu penuh debaran sama ada pelancaran itu mampu mengikut jadual setiap peringkat pemisahan roket berkenaan yang mengambil masa 9 jam 12 minit 10 saat.

ILS atau perkhidmatan pelancaran antarabangsa bertanggungjawab terhadap pelancaran Measat-3 yang turut melibatkan kos insurans sebanyak AS$32 juta. Ini merupakan tanggungjawab pertama melancarkan satelit bagi pihak Malaysia dan yang ke-39 sejak beroperasi pada 1995.

Sebelum itu delegasi Malaysia yang diketuai Menteri Sains Teknologi dan Inovasi, Datuk Seri Dr. Jamaludin Jarjis berada di Baikonur awal pagi ini bagi menyaksikan pelancaran roket Proton Breeze M yang membawa Measat-3.

Baikonur adalah tapak pelancaran yang digunakan oleh angkasawan Rusia, Yuri Gagarin pada 1961 untuk menjadi manusia pertama sampai ke angkasa lepas.Pelancaran Measat-3 dilakukan mengikut jadual pada pukul 5.28 pagi (7.28 pagi waktu Malaysia) dalam cuaca sejuk di bawah suhu beku yang disiarkan secara langsung oleh Astro, pengendali stesen televisyen satelit berbayar Malaysia yang juga pengguna utama siri Measat, RTM2 selain menerusi laman web ILS.

Sebaik saja roket Breeze M meluncur ke angkasa, anggota delegasi Malaysia bersorak gembira walaupun mereka berada di dek terbuka Kelab Proton dalam keadaan suhu mencecah di bawah 17 darjah Celsius.

Walaupun berada dalam kedudukan 8 kilometer daripada roket itu dilancarkan, rombongan Malaysia dapat melihat dengan jelas kerana cuaca yang cerah.Dan seperti dijangka, perjalanan roket yang membawa satelit itu mengambil masa sembilan jam dan 12 minit sejauh lebih 36,000 kilometer dari bumi sebelum memasuki orbit pada pukul 2.40 petang (4.40 petang waktu Malaysia).

"Segalanya mengikut jadual dan ILS berbangga misi ini akhirnya berjaya" kata McKenna sambil menerima ucapan tahniah daripada rombongan Malaysia dan rakan-rakan ILS.

Di Malaysia, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, menyaksikan siaran langsung pelancarannya di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur dan Dr. Jamaludin turut menghubungi Najib bagi memaklumkan perjalanan pelancaran itu.

Measat-3 yang mempunyai jangka hayat selama 15 tahun akan mengambil alih peranan Measat-1 dan Measat-2 yang sudah menghampiri tempoh jangka hayatnya iaitu 12 tahun sejak dilancarkan di Pusat Angkasa Guiana (CSG) Arianespace di Kouru, French Guiana pada 13 Januari 1996 dan 13 November 1996.Dibina oleh Boeing Satellite Systems Inc di Los Angeles, Amerika Syarikat, satelit itu akan meluaskan capaian liputannya ke lebih 100 negara yang mewakili lebih 70 peratus daripada jumlah penduduk dunia.Berbanding dengan keupayaan Measat-1 dan Measat-2 yang membawa 12 transponder jalur C, Measat-3 menyediakan transponder berkuasa tinggi 24 jalur C dan 24 ¡®jalur-Ku¡¯ dengan setiap jalur menyediakan 36 mhz jalur lebar.

Aplikasi Jalur C Measat-3 akan menyediakan perkhidmatan di Asia, Australia,Asia Barat, Eropah Timur dan Afrika manakala ¡®jalur -Ku¡¯ pula dicipta untuk menyediakan opsyen perkhidmatan berkuasa tinggi dan fleksibel bagi pembangunan aplikasi terus ke rumah seperti televisyen satelit di Malaysia, Indonesia dan Asia Selatan.

Sementara itu, turut menyaksikan pelancaran bersejarah itu ialah Duta Besar Malaysia ke Rusia, Datuk Mohamad Khalis Ali Hassan, Duta Besar Malaysia di Kazakhstan Datuk Than Tai Hing, Pengerusi Telekom Malaysia dan Celcom, Tan Sri Muhammad Radzi Mansor, Pengerusi Maxis, Tan Sri Megat Zaharuddin Megat Mohd. Nor dan Ketua Pengarah RTM, Datuk Abdul Raman Abdul Hamid.Hadir sama Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Penyiaran Indonesia, Sutino Sinansari Ecip, Pengarah Astro Indonesia, Riza Primadi, Pengarah Measat merangkap Timbalan Pengerusi Eksekutif Astro, Ralph Marshall.

Dan lebih menarik, pelancaran itu turut disaksikan oleh dua pemenang pertandingan lukisan dan karangan Astro Ceria iaitu Izzah Azreena Azizan, 15, dan Tan Kai Xin, 10.Dua finalis calon angkasawan negara, Kapten Muhammed Faez Kamaludin dan S.Vanajah turut sama menyaksikannya.

Monday, December 18, 2006

Di rembang petang...

Hari sabtu yang lalu aku pergi ke perkahwinan rakan opisku di Klang. Aku pergi ke sana dengan menumpang kereta bel dan bersama ngan sha dan anaknya amir. Uhhhhh!!! Dah besar amir dan semakin cerdik.. Sian bel dan sha terpaksa menunggu di atas kelewatan aku.. amir pulak sampai tertido-tertido..Entah kenapa, wira meragam lagi.. fius terbakar lagi.. sian pada mereka..maaflah perkara yang tidak dapat dielakkan,akhirnya aku sampai….walaupun lewat 40 minit dari yang dijanjikan. Tapi atas kecekapan bel memandu.. alhamdullilah.. akhirnya kami sampai tidaklah terlalu lewat… majlis masih meriah..Terima kasih kawan2 sbb tunggu..

Pada waktu balik aku tak tumpang bel, makcikku yg berada di klang mengambil aku.. bawa aku ke rumahnya.. Apa yang ingin aku ceritakan di sini adalah perjalanan pulang ku ke rumah dari Klang ke KL.. aku mengambil komuter dari Pelabuhan Klang pada pukul 6.30 petang.. lewatkan? Sebenarnya aku kena lewatkan perjalananku supaya dapat sesuaikan dgn jadual hubby… hubby akan ambil aku di komuter putra..

Semasa dalam perjalanan dari pelabuhan klang… kerana keseorangan.. fikiranku telah menerawang jauh.. aku mula terfikir bagaimana agaknya perjalanan ke tmpat keje setiap pagi kawanku ini.. sangat jauh.. lebih kurang 28 stesen baru sampai ke destinasinya… dari rembang2 petang aku melihat-lihat kawasan sekeliling.. mana orang2 nie.. tak ramai pun.. uhhhh.. takut jugak… Aku sempat melihat banyak pagar-pagar yang dibina oleh pihak komuter tumpang seperti kawasan itu sering dilalui orang.. tak takut ke mereka melintas kawasan landasan keretapi ini… kenapa mereka berani sangat.. terlalu banyak kawasan yang telah dicerobohi….siap ada sediakan titi utk memudahkan mereka melepasi pagar tersebut…

Aku mula terfikir.. salah siapakah semua ini.. kerana akhir2 ini banyak sungguh tragedi yang melibatkan komuter ini..Adakah landasan keretapi ini dibina dahulu? Atau kawasan perumahan mereka yang terbina dahulu.. dari sebuah kampung menjadi 2 kampung apabila terbinanya landasan keretapi ini… macamana mereka hendak berhubung dengan pihak yang sana.. antara berani dengan tak berani.. mereka buat juga.. kenapalah tidak dibinakan mereka jambatan yang dapat menghubungkan.. kalau jambatan dah dibina pun mereka masih menceroboh juga maknanya mereka mencari nahaslah tu…Apa yang dapat aku harapkan, walau apa pun jenis pembangunan yang di buat.. fikirkan dari pelbagai segi.. jangan sudah terkena baru nak ternganga…

nak kata apa?

Kelewatan aku ke opis hari nie mmg aku reda.. mana taknya..dari kul 8.25 aku tggu kat BTS tapi bayang komuter pong takde.. yang ada keretapi laju ke singapore dan keretapi gula prai.. mana pulak datangnya keretapi gula prai nie... biasanya tak penah nmpak pong..bila jam mnunjukkan kul 9, aku pn amik hp nak msg kat bos aku " maaf saya lewat hari ini, komuter delay" uhhhh.. haru sungguh. Lewat 20 minit tu.. aku tgk ramai gak member2 yg lain.. sian mereka.. aku pun kesian jugak.. hehehe..Sampai jek kat opis terus isi borang lewat.. bos sign..antar kat HR.. settle..nampaknya dah ada rekod lambat dah nie

Hari nie punyalah malu. rupa2nya aku pakai tudung terbalik.. sulam yg sebelah dalam aku pakai kat luar.. kalu org tilik betul2.. mmg nmpak.. itulah bila pakai tdg sulam nie kena tgk betul2.. mana luar mana dalamnya.. entah camne aku leh tak perasan masa pakai."Abang, nampak tudung yang sya pkai nie tbalik tak?" tanyaku pada hubbyku ketika turun dari lif. " Iya ker terbalik, tak nampak pun" kata suamiku sampai melihat2 tudungku. Ahhh! hubbyku nie.. asalkan bole jek. Nak tukar tak sempat lagi nie.. harapan ku tiada orang yang akan perasan.

Hahaha.. bila2 org tgk2 aku.. aku buat dek jek... biarlah kalu diorg tau pun takpe.. aku dah takda masa nak tukar.. sampai opis aku tukarlah nanti..So, next time aku kena lebih berhati2.. jgn malukan diri sendiri lagi.. kalau tak nmpk sgt takpelah... kalaulah... uhhhhh... malunya..

Friday, December 15, 2006

Gempar!!!!!

13 Dec 2006 – 11 malam DESA TUN HUSSIEN ONN – Atau lebih dikenali sebagai DTHO. Kompleks perumahanan aku telah di gemparkan dengan bunyi siren yang membingitkan telinga aku pada jam 11 malam.

Aku: “ bunyi apa tu bang” Hubby: “ Bunyi siren tu… cepat-cepat buka pintu “. Aku segera membuka pintu dan kami berdua berlari ke beranda. Aku tgk jiran-jiran telah keluar. Jiran: “ Apa yang dia cakap tu na?” Tanya jiranku kepada ku. Aku : “entah, tak berapa dengarlah kak”.

Di DTHO kalau ada apa-apa pengumuman akan diumumkan pada malam hari seperti itu.. dengan kereta peronda sambil membunyikan siren. Walaupun pengumuman ada ditampal di notis board di bawah blok seminggu lebih awal, tapi di malam hari bila dah nak dekat-dekat tarikhnya mereka akan mengumumkan satu DTHO. Contohnya, kalau ada gangguan air ker, takda elektrik ker..ada gotong royong ker.. mereka akan bagitau. Jadi bolehlah kami bersiap sedia. Hahaha.. bestkan. Ok, kita sambung semula…

Peronda : “ Perhatian kepada penduduk DTHO, sesiapa yang ada kehilangan anak berumur 3 tahun, lelaki dan berseluar pendek. Anak ada ada bersama kami, sila berjumpa kami untuk mengambil anak anda” aku mendengar dengan teliti.

Aku ngan hubby tersenyum mendengar pengumuman itu.

Aku : “issss… kesian, siapa pulak yang tertinggal anak nie” Hubby : “ yang, entah-entah ibubapa dia sengaja tinggalkan tak! “ Aku : “ abang nie, tak baik tau” Hubby : “ manalah tau”

Itulah peristiwa yang terjadi pada malam tu. Satu DTHO telah diumumkan tentang pencarian ibubapa kanak-kanak tersebut. Aku tak taulah apa yang terjadi sekarang. Aku terfikir, apa yang hubbyku cakap mungkin betul.. terlalu banyak peristiwa yang tidak di sangka sering berlaku di negara kita sejak akhir-akhir ini. Aku cuba mampu berdoa, semoga tiada ibubapa yang sekejam itu di dunia ini.. yang sanggup meninggalkan anak begitu saja.. Kalau anak itu dijumpai oleh mereka yang “tidak baik” macamana?. Anak adalah anugerah dari ALLAH SWT.. setiap anak yang lahir ada rezekinya.. lambat atau cepat itulah yang harus kita sabar.. insyaalah..

Thursday, December 14, 2006

Mengocak ketenangan...

Apapun hari nie aku nak cite pasal train gak.. tapi kali nie pasal komuter plak.. Biarlah minggu nie aku asyik cite pasal train jek.. biarlah aku tgh tak puas hati nie… hahaha.

Hari ini aku tukar strategi plak.. gi stesen komuter putra macam dulu-dulu, kononnya nak elakkan dari masalah yang dialami oleh LRT STAR. Uhhhh.. awal lagi dah keluar rumah..Sampai jek, alamak train kul 7.50 kat putra terlepas plak.. takpelah ada lagi 2 train pas ini yang tidak akan melewatkan aku ke opis.. sbb bila terlepas atau delay 2 train nie.. abislah alamat lambat lagilah ke opis. Pas tu ada train Plabuhan klang.. aku pun naiklah, nak naik kat kl sentral sbb nak elakkan dari kebanjiran penumpang di putra.

Tgk kat skrin maklumat train, train ke seremban akan sampai pada pukul 8.09.. uhhh lega..tup..tup… dah kul 8.09.. blink2 ( mcm animasi SB aku jek, hahaha ) pas tu tukar ke 8.14 ke kajang plak.. ok tak pelah.. awal lagi gak… tup..tup kul 8.14 takda gak.. 8.24 plak… “ delay lagi” kata ku. “Delay lagi yer dik, patutlah ramai orang.. selalu camni… pot..pet..pot..pet .. blah..blah..blah..” aku hanya mampu mendengar tanpa memberi apa-apa komen. “uhh! Bilalah agaknya kakak ni nak berhenti bercakap” kataku di dalam hati.

Kul 8.24, train pun sampai… alhamdullilah, akhirnya aku sampai kat opis sebelum kul 9…. dan selamat dari menjadi pendengar kayu. hehehe

Wednesday, December 13, 2006

A light in the dark places...

Malam semalam aku ada tgk movie kat NTV9, aku rasa ceritanya sungguh menyentuh hati. Tajuk cerita tu “ A light in the dark places “ ianya sebuah movie dari negara jerman. Aku tak pasti samaada cerita itu pernah di tayang di pawagam, ada CD ker,di Astro ker atau pernah di tayangkan sebelum ini.. Semalam bila aku buka jek channel NTV9 aku tengok sambungan cite ini..so aku pun menontonlah sehingga akhir. Cite ini dipertontonkan utk 2 episod, episod pertama aku ada tgk hari tu.. so malam tadi aku tgk sambungannya..

Kisahnya bermula apabila para pelombong terperangkap di bawah lombong akibat air pecah dari bahagian lain.. Ramai pelombong yang mati. Dan masih ada kumpulan yang terselamat yang terpaksa survive hidupnya sehingga 12 hari lamanya. Di bawah sana menceritakan tentang erti persahabatan, erti tolak ansur, erti kesabaran, erti kasih sayang, pengorbanan. Untuk menyelamatkan kawan yang lain, ada yang mengadaikan diri, makanan yang sedikit dikongsi bersama. Mereka hampir putus asa apabila masih tidak ditemui sehingga hari ke 10.. mereka pulak semakin lemah akibat oksigen yang tidak mencukupi. Setiap dari mereka berdoa agar mereka dijumpai.

Pada hari ke 10 mereka telah dapat dikesan.. tapi masih tidak dapat dikeluarkan… Tetapi mereka telah diberi banyak bantuan dari atas.. walaupun jarak mereka di bawah hanya 60 meter dalamnya.. tetapi masih banyak factor mereka masih tidak dapat dikeluarkan. Ini kerana akibat tindakan yang salah oleh pihak penyelamat mereka semua akan mati. Maka pihak penyelamat terpaksa membuat keputusan yang bijak. Mereka hanya dapat diberikan ubat dan makanan lobak lenyek kerana lubang yang menghubungkan mereka dgn pihak yang satu lagi hanyalah lubangkan kecil yang muat dengan lampu suluh sahaja..Melalui lubang itu, mereka diberikan mikrofon untuk dapat berhubung dengan pihak yang berada di atas. Mereka dapat bercakap dengan isteri dan keluarga mereka. Ketabahan isteri2 mereka juga, begitu menyentuh hati.

Pada hari ke 11, mereka masih tidak dapat diselamatkan kerana tidak mendapat solution dan alatan penyelamat tidak lengkap. Mereka semakin lemah di bawah sana. Sehingga hari ke 12, penyelamat nekad dan alatan dapat dipinjam.. akhirnya mereka dapat juga diselamatkan. Sehingga nak keluarpun, mereka masih ingin menjadi orang terakhir keluar kerana ingin mendahului kawan yang lain. Begitulah synopsis citenya.. apa yang saya tahu, cite ini adalah cite benar yang di lakon kan semula..

Macam-macam hal...

Keputusanku untuk ambil LRT STAR awal daripada biasa tak menjanjikan apa-apa.. aku terpaksa lagi menghadapi saat-saat cemas apabila LRT STAR bergerak secara perlahan-lahan lagi bagaikan membawa para pelancong melawat Malaysia. Sambil di hidangkan dengan pengumuman yang memberitahu “ Harap maklum kepada semua penumpang, train ini mengalami masalah landasan seperti semalam. Pihak kami memohon maaf di atas masalah ini” “uhhhhhh!!!! Betullah apa yang aku jangka semalam” itulah yang bermain difikiranku saat itu.Apa yang harus ku lakukan, aku tak mahu lewat lagi seperti semalam walaupun lewatnya hanya seminit dua tapi ianya amat meresahkan aku. Masalah ini berterusan sehingga stesen masjid jamek.. “ Ya Allah ya tuhanku, janganlah train ini bermasalah lagi” doaku.

Alhamdullilah.. akhirnya aku sampai seperti biasa, itu pun sebab aku dah cepatkan 5 minit waktu perjalananku.. apalagi sampai jek di tasik selatan aku pun pecutlah pegi ke stesen komuter pulak. Alamak kenapa ramai sangat orang nie.. “Sah, mesti train delay lagi” kataku di dalam hati. Memang betul sangkaanku, hari ini aku lewat 3 minit lagi..macam-macam hal lah…

Tuesday, December 12, 2006

Jangan ulangi lagi...

Sukar untuk digambarkan bagaimana perasaan apabila train yang biasanya sampai tepat pada waktunya di destinasi tiba-tiba berhenti di antara terminal dengan terminal ketika semua orang sibuk mengejar waktu untuk ke tempat kerja. " uhhh.. dah pasti aku akan lewat ke tempat kerja hari ini" itulah yang terkeluar dari pemikiran ku ketika itu. Kalau komuter yang delay aku dah faham sangat, ini LRT STAR yang semua orang tahu tentang ketepatan waktunya juga mengalami masalah yang sama. Kenapalah akhir-akhir ini sistem transit di negara kita sering mengalami banyak masalah.Adakah kita kekurangan pakar untuk menyelenggara sistem ini?.

Semasa aku berada di dalam LRT STAR menuju ke arah sri petaling.. aku melihat wajah-wajah muram di sebelah sana yang sering kali melihat-lihat jam di pergelangan tangan. Mesti mereka juga seperti aku yang terlambat untuk ke tempat kerja. Hari jumaat yang lalu pun seperti itu juga, semasa train LRT STAR yang aku naiki berada di atas landasan tetiba sahaja ia bergerak pelahan dan brek mengejut... Terkejut aku dan aku terus melihat keluar, alhamdullilah tiada apa-apa yang berlaku.. " Kenapa dik?" tanya akak yang duduk di sebelahku. "Tak tahu" jawabku. Tetiba aku senyum sendiri" hahaha.. rupa-rupanya ada simbol bahaya dan ditengah-tengahnya ada nombor sepuluh, ingatkan kat jalan raya jek ada simbol camtu" itu yang aku cakap pada diriku.

Friday, December 08, 2006

Terfikir atau tidak terfikir

  • Kekadang kita terfikir adakah kita ini penting dalam hidup ayah dan ibu.. Penting atau tidak penting kita itu, tanya pada diri sendiri "adakah saya telah menjalankan tanggungjawab saya sebagai seorang anak???????"
  • Kekadang kita terfikir adakah kita ini penting dalam hidup seorang suami itu... Penting atau tidak penting kita itu, tanya pada diri sendiri " adakah saya telah menjalankan kewajipan sebagai seorang isteri ??????"
  • Kekadang kita terfikir adakah kita ini penting dalam hidup seorang anak itu.. Penting atau tidak penting kita itu, tanya pada diri sendiri " adakah saya telah menjalankan tanggungjawab sebagai seorang ibu???????"
  • Kekadang kita terfikir adakah kita penting dalam hidup kekasih kita.. Penting atau tidak penting kita itu, tanya pada diri sendiri "adakah saya setia dan jujur dalam perhubungan ini?????"
  • Kekadang kita terfikir adakah kita penting dalam hidup seorang kawan.. Penting atau tidak penting, tanya pada diri sendiri " adakah saya telah berlaku ikhlas dalam persahabatan saya?????
  • Kekadang kita terfikir adakah kita ini penting sebagai seorang kakak / abang /adik..... Penting atau tidak penting, tanya pada diri sendiri " adakah saya menjaga hati dan kepentingan mereka??????? "
  • Kekadang kita terfikir adakah kita ini penting atau tidak penting dalam sesuatu syarikat itu.. Penting atau tidak penting, tanya pada diri sendiri " apa sumbangan saya kepada syarikat?????"
  • Penting atau tidak penting... Jangan tanya pada mereka tanyalah pada diri sendiri apa sumbangan anda kepada mereka..???????

Friday, December 01, 2006

Tahu ... Tak Tahu...

Sejak akhir-akhir ini banyak aku dengar keluhan dari kawan-kawan aku mengenai sesuatu yang sebenarnya tidak di sengajakan atau memang disengajakan... aku sendiri pernah mengalami situasi seperti itu.. tapi biarlah.. bukan itu yang ingin aku ceritakan di sini. Buat kawan-kawan dan diriku.. ambillah kata-kata ini sebagai satu kekuatan untuk menempuh hari-hari yang mendatang...walaupun kata-kata ini tak sehebat mana.. tapi selama ini amat berguna bagi diri ku.. Ada perkara kita TAHU Tapi kita kena buat TAK TAHU... Ada perkara kita TAK TAHU Tapi kita kena ambil TAHU... p/s: Aku bukan nak memandai dalam memberi nasihat tapi sekadar untuk bersama kita ambil iktibar.

Tuesday, November 28, 2006

Jernih

Jernih yang dari mata airmu Sebening salju telaga rindu Di lembah gunung rimba kencana Mengalir ia tanpa henti Bersaksikan kejora alam keriangan Titis embun dingin ke bumi Mekarlah rumpun hijau disirami kasih Yang sejati penuh budi Jernih salju bak syurgawi Jadi pohon rimbun sampai akhir nanti Di sebalik yang jernih tersimpul rahsia Laluan yang penuh likuan Cuma yang kelihatan Satu keindahan yang dipuja Menjadi ilham para pencinta Teroka kala tanpa batasan Menjadi cermin imbas berwajah Seikhlas budi yang teguh berdiri Bak air mengalir yang penuh halangan Itu bukannya satu alasan Di situ tersirat sebuah hakikat Yang kelam jadi terang Yang luka jadikan terubat Keegoaan tersembunyi Di lubuk hati suci...Dan jernih...(Dan mulus) Di sebalik yang jernih tersimpul rahsia Laluan yang penuh likuan Cuma yang kelihatan Satu keindahan yang dipuja Menjadi ilham para pencinta Teroka kalam tanpa batasan Menjadi cermin imbas berwajah Seikhlas budi yang teguh berdiri... p/s : Aku amat suka lirik lagu ini... so aku nak kongsi ngan kawan-kawan yang lain... jangan mare..

Satu hari aku di Maha 2006..

Semalam 27 nov 2006 berakhirlah Maha 2006... kat sini aku cuma nak citer pengalaman aku masa aku gi sana.. Bukannya apa, sana sini situ sibuk orang memperkatakan tentang Maha 2006.. jadi aku pun amiklah peluang utk citerkan pengalaman aku. Sebelum aku ceritakan pengalaman aku, aku ingat nak ceritakan pengalaman apak aku masa gi sane. Apak, angah, busu dan idi bertolak dari melaka kul 9.00 am ( sabtu ) lagi.. uhhh selut betul aku kat mereka, semangat sungguh... Apa yang terjadi kepada mereka akan aku ceritakan sebentar lagi..tunggu

Aku ngan hubby bertolak dari rumah dalam kul 10.30 am ( ahad ) dan tiba di sana dalam kul 12.... ramai sungguh orang.. nasib kami awal sikit.. kalau tak uhhh lagi susah nak dapat parking.. tu pun kira jauh walaupun dapat parking atas.. Kesian kat hubby, penat sungguh aku tgk hubby...Hubby kata, macam merentas desa jauhnya.. aku rasa tak lah jauh sangat berbanding ngan orang lain.. ( maybe sbb aku yang terlebih semangat ).Hubby kata orang yang kaki berjalan cam aku mana pernah penat, tapi bila sampai kat umah.. kaki sakitlah.. tanganlah.. bila berjalan hilang.. ( hahaha.. perli akulah tu ).

Sampai-sampai jek kami terus gi makan.. pas tu jalan dari khemah ke khemah... ingatkan nak belikan pokok untuk apak.. tapi apak tak dapat dihubungi pulak.. ( takut apak dah beli semalam ) takpelah jalan lagi.. Jadi masa jalan-jalan tu kami belilah ikan terubuk sarawak, ikan pekasam kedah.. ikan bilis langkawi... dan lain-lain. ( hihihi.. semuanya ikan kan?).

Tak dapat telefon apak, telefon angah.. angah kata apak tak beli apa sebab hujan lebat semalam.. ok takpe, so aku belikan lah pokok tongkat ali tu utk apak.. ( buat pengetahuan, apak memang suka berkebun ). Selepas beli pokok itu, kami pun ambil keputusan untuk balik memandangkan jam dah pukul 3.30 pm..

Sepanjang perjalanan pulang ( jalan kaki ke kereta ) ada orang yang bertanya kepada kami jauh lagi ker. Kami akan jawab " boleh tahanlah jauh.. tu ahh yang ada belon-belon tu....." yang bertanya akan kata " ahhh... jauhnya" ( hahaha...masa tu aku terfikir, orang yg bercinta bagi mereka tak jauh kak) sbb ada satu pasangan ni, baru jek tanya aku kat mana tempatnya, aku pun jawab lah.. yang pompuan kata " Jauhlah bang..." yang lelaki kata " mana ada sayang dekat jek tu" ( aku ngan hubby tersenyum jek, teringat zaman dulu-dulu ) hahaha..

Ok, berbalik pada citer apak.. malam tu apak tel aku.. apak mula bercerita " uhhh.. lain tahun apak tak nak gi lagi lah.. jauh sungguh, penat sungguh, hujan pulak lebat.. pas tu naik bas lawatan pulak masa naik bukit bas plak enjin dia mati ( maybe ramai sangat ) melompat apak turun....Berteduh kat bangsal kambing, bangsal tu pulak roboh.. Kesian kat apak.. tersalah harilah.. hujan pulak..

Tapi bagi aku.. Maha 2006 adalah suatu yang amat menyeronokkan.. Macam-macam ada...

Thursday, November 23, 2006

wira ku berjasa!

Hari nie kul 8.00 a.m dah sampai opis.. tak da orang yang nak di ajak gi sarapan.... hari nie datang awal sebab bawa wira gi opis.. hubby kena gi keje awal2 pagi.... nak elakkan jam terpaksa bawa wira.. datang keje bes lah.. tak lah jam sangat... balik.. tu yang malas tu.. Oklah.. sbb cik puteh dah beli sarapan.. dan tgh makan pun.. aku nak gi beli sarap lah..tapi cuma aku nak bagitau.. hari ini wira telah berjasa padaku..

Wednesday, November 22, 2006

wira oh wira!

Hari ini aku nak citer mengenai wira. Wira aku sejak akhir-akhir nie banyak meragam. Mungkin sebab hari tu dia telah dilanggar oleh wira yang lain.. uhhhhh.. kesian... Akulah yang kesian sebab terkejut betul. Dalam kesibukan orang berlumba-lumba nak berbuka puasa dengan keluarga.. wira ku pun sibuk gak berlumba-lumba nak berbuka puasa bersama keluarga... entah macamana tetiba jek.. dum..dum...dummmmm... oh.. wiraku... Baru-baru ni wiraku meragam lagi.. kali nie. fius plak terbakar.. tetiba jek enjin mati di tengah jalan.. betul-betul masa naik bukit.. nasib bukan jalan besar.. jalan di kawasan perumahan ku... Masa tu ramai gak orang yag tolong menolaknya ketepi.. Dan sekarang apa yang aku harapkan... janganlah wiraku meragam lagi.. baru pakai setahun lebih tu.. kalau wira ku meragam lagi.. mungkinkah aku akan menukar kereta yang baru? Tunggu di episod yang akan datang.. maybe aku akan tukar wira ke citra ( hitam ), waja ( hitam gak ), satria ( kuning ), Kelisa ( silver ),kancil (hijau) dan mungkin juga aeroback ( hijau )... jangan mare.

Inilah wiraku..

Monday, November 20, 2006

aku yang perasan...continue...

Hari nie bila buka jek blog.. uhhhh.. kena kutuk lagi dengan cik puteh nie... rupanya hari tu punyalah panjang menaip.. rupa-rupa tak da pun.. yang ada tajuk jek...hehehe.. . Apa yang dimaksudkan ngan perasan nie bukannya apa. Blog aku nie.. selalu jek kena kutuk.. mana tak nya.. sejak blog nie aku register.. aku tak sempat nak kemaskini atau mekap2 sikit.. sibuk deh.. Tu lah.. bila jumpa cik puteh nie.. mesti dia akan kata.. update lah blog ko tu.. uhhhhh.. aku tahulah blog dia tu comel.. tapi mmg comel pun... Aku bukannya apa.. blog nie aku letak colour pink agar sesuai ngan username aku kekwa_pink... buka2 jek.. uhhhh.. pinknya duniaku... cantik gak.. hehehe.. tang nie yang aku perasan sikit.. nak buka jek blog nie.. aku mesti ushar kiri dan kanan.. takut kantoi beb.. hah.. jangan plak ko org salah sangka, aku bukan mengulau tau.. cuma aku curi2 sikit masa.. update blog aku.. taknak kena kutuk lagi wei.....

Friday, October 20, 2006

Selamat Hari Raya

Buat Kawan-kawan semua: Selamat Hari Raya Ampun dan maaf andainya : TERkasar bahasa... TERsilap bicara... TERmarah yg tak kena... TERpekik kat telinga... TERhantuk di kepala... TERpinjam harta benda... TERtanya tak tentu hala... TERsasul yg tak sengaja... TERpukul kat mana-mana... TERmoody tak semena-mena... TERumpat bila-bila... minta maaf ye smuanyee....SELAMAT HARI RAYA...MAAF ZAHIR DAN BATIN.

Ucapan Terima Kasih

Assalammualaikum! kawan-kawan. Terima kasih sebab sudi singgah di blog saya ini ( hehehe ).